Cara-cara
mengenal rider sebenar dengan rider kuat sembang.
Rider Sebenar
-        
Basikal sentiasa
kelihatan kotor.
-        
Tayar nampak
botak, kadang-kadang dah nampak benang pun masih kayuh lagi.
-        
Cassete haus,
berminyak dan kotor.
-        
Jarang borak
ketika kayuh.
-        
Topik borak lebih
kepada prestasi kayuhan dan jarak kayuhan.
-        
Seat dah buruk,
lembik dan kadang-kadang koyak.
-        
Terdapat banyak
kesan calar dan parut pada lutut, siku dan keting kaki.
-        
Warna dada tak
sama dengan warna tangan dan muka bila rider buka baju.
-        
Meter basikal
sentiasa reset bila mula kayuh.
-        
Tepi crankset banyak
kesan lusuh sehingga tak nampak brand crankset.
-        
Kesan brake pada
rim/disk kelihatan haus kadang-kadang sampai melengkung surface tu.
-        
Peha nampak
padat, berketul-ketul, bukannya besar dan licin.
-        
Bila terserempak,
rider selalu guna basikal yang sama.
Rider Kuat Sembang
-        
Basikal bersih,
macam baru keluar kedai padahal dah lama beli.
-        
Tayar baru pakai
seminggu dah tukar tayar baru, katanya lebih ringan.
-        
Cassete berkilat
macam cermin, apabila nampak pasir melekat cepat-cepat dibersihkan.
-        
Selalu borak
dalam kayuhan, kadang-kadang terasa cepat sampai destinasi. Tak terasa pun
jauh.
-        
Topik brand,
faktor berat komponen dan harga selalu jadi bahan penceritaan.
-        
Selalu salahkan
basikal jika kalah dalam pertandingan padahal training tak cukup.
-        
Rider suka
mengumpul banyak jenis basikal, kadang-kadang sampai boleh buat muzium.
-        
Sering menukar
groupset atau wheelset atas alasan faktor berat dan brand.
-        
Bila ajak kayuh,
mereka akan bertanya berapa ramai yang sertai kayuhan itu.
-        
Bila ada orang
potong dia, dia akan kata basikal rider tu mahal sebab tu laju.
-        
Bila menunggang
roadbike, rider selalu pegang bahagian atas handle bar berbanding bahagian
bawah yang melengkung tu. Katanya sakit pinggang padahal tak biasa.
-        
Bila terserempak,
kita akan lihat rider menunggang basikal yang lain dari sebelumnya.
 


 
No comments:
Post a Comment