Tuesday 8 April 2014

Tokun Hill

Assalamualaikum,salam sejahtera.

Pada 07 April 2014 jam lebih kurang 1730hrs saya(Azman) bersama Pengetet Rider(Khairul Rahim) telah berkunjung ke Bukit Tokun untuk beriadah.hehe

Memang sejak kebelakangan ini kami jarang mengayuh basikal mendaki bukit ini disebabkan kesibukan tugas. Cuma kali ini hanya Rahim sahaja yang mempunyai masa terluang dan bersetuju menemani saya menawan bukit Tokun.Cuma kali ini kami berdua tidak sampai ke puncak disebabkan cuaca semakin gelap dan mengambil keputusan untuk sampai di tempat senaman sahaja.( tu pun dah cukup tinggi beb)

Sedikit info mengenai Bukit Tokun.
Bukit Tokun terletak dalam daerah Bukit Mertajam. Ketinggian bukit ini mencecah 457 meter dari paras laut dan menempatkan menara-menara komunikasi.Hutan Lipur Bukit Mertajam berkeluasan 37 hektar. Bukit ini menjadi tumpuan untuk beriadah,menjalani aktiviti sihat baik bagi pejalan kaki mahupun penunggang basikal MTB/RB.

sedikit gambar untuk dikongsi bersama.

Azman.

1st stop at "1 Malaysia"







No comments:

Post a Comment

You May Like