Tuesday 1 April 2014

Kayuhan Mesra PDRM Briged Utara Pga Ulu Kinta

Assalamualaikum....Salam Sejahtera.

29 Mac 2014

JCC@ Jengking Cycling Club Batalion 2 Pga telah mendapat jemputan dari Briged Utara Pga untuk menyertai Funride Kayuhan Mesra PDRM sempena sambutan hari Polis yang ke 207 bertempat di Markas Briged Utara,Ulu Kinta.

Funride ini disertai beberapa kelab-kelab berhampiran. N.B.C.C @ Northern Brigade Cycling Club sebagai tuan rumah menyambut semua rider-rider dengan baik namun seperti biasa terdapat kelemahan-kelemahan kecil yang tidak dapat pihak penganjur elakkan kerana acara ini merupakan acara pertama yang dianjurkan mereka.

Trek kayuhan adalah sejauh lebih kurang 17km meliputi jalan raya berturap melalui perkampungan orang asli ( kebanyakan trek adalah mendaki ) dan juga sedikit offroad sebagai pengenalan.

Sedikit mengejutkan pada awal kayuhan di mana kayuhan funride yang diimaginasikan oleh saya tidak seperti yang diharapkan di mana tiada kayuhan santai kerana hampir semua rider memecut laju seperti berlumba. hahahaha memang terbaik suasana begini.

Motivasi semasa kayuhan adalah basikal mahal tidak menjamin anda hebat. Wakil JCC Khairul Rahim hanya menggunakan exitway 9 speed dan keberatan basikal beliau memang memenatkan kayuhan kepada sesiapa sahaja. Namun beliau 'Leng-leng ajak' memotong peserta lain di laluan berbukit. huh.

Bagi orang kuat JCC pula memang tidak dapat dinafikan kayuhan mereka seperti menggunakan tenaga ghaib. Khir, Sham serta Efad terus hilang semasa pelepasan peserta. Tidak dapat dibuktikan secara saintifik ilmu apa yang mereka gunakan.hehehe. Jangan marah aaaaaa.

Berikut merupakan sedikit suasana semasa acara tersebut. Terima kasih N.B.C.C kerana menjemput JCC.

Azman.

CAN'T UNDERSTAND A WORD? NO BIG DEAL....JUST TRANSLATE IT USING GOOGLE TRANSLATE. HAHA







Sham, Efad, Khir, Azman, Rahim dan Badrul Shawal.



















Pihak Penganjur







Gambar-gambar tidak mengikut urutan waktu.



No comments:

Post a Comment

You May Like