Tuesday 8 April 2014

The Bear Hill and the chicken track route challenge.

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Community Policing JCC Batalion 2 Pga with H.R.K @ Happy Ride Kulim cycling team
Awang,Azman,Khairul Rahim,Badrul Syawal,Efad,Muhammad Ali dan Khir.


Bertarikh 06 April 2014 Jengking Cycling Club telah mengadakan kayuhan bersama Happy Ride Kulim a.k.a HRK. Kayuhan bertujuan mengeratkan silaturahim di antara rider MTB sekitar daerah Kulim.

Kayuhan bermula di hadapan pintu gerbang Batalion 2 Pasukan Gerakan Am / Maktab Rendah Sains Mara PDRM disertai 17 rider iaitu 7 rider JCC selebihnya rider HRK.

Kayuhan melalui Jalan Junjong Kulim - Bukit Beruang - Trek Cap Ayam - Taman Kota Kenari/ Taman Kenari - Jalan Hospital - Pekan Kulim - Jalan Bukit Awi - Jalan Junjong Kulim - finished. Jarak kayuhan anggaran 31km 20% jalan biasa/raya 80% offroad/hill climbing.

Saya kurang pasti dari mana datangnya nama Bukit Beruang dan trek Cap Ayam ini diperolehi namun yang pasti kebanyakan laluan adalah mendaki serta single track di sesetengah kawasan. Banyak bintang jugaklah kalau nak dikelaskan keadaan trek offroad ini. Kerjasama yang diberikan sesama rider semasa kayuhan adalah A1,superb,seribu bintang,nasik ayam ropewalk bagan,dan bermacam-macam lagi yang menggambarkan eratnya hubungan JCC dan HRK. Namun jangan disalah erti ye, bukan hubungan sejenis.hehe

Semasa kayuhan ini seorang rider JCC iaitu Khairul Rahim mengalami kemalangan kecil namun tiada kecederaan dilaporkan. Beliau memang 'Leng-Leng ajak' melalui semua ini.

Akhir kata saya mewakili JCC Batalion 2 Pasukan Gerakan Am mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi bersama-sama kami menjayakan kayuhan offroad JCC/HRK ini. Harap pada masa akan datang kerjasama sebegini boleh dijayakan lagi dengan kehadiran lebih ramai rider kedua-dua pihak.

sekian,terima kasih.

Azman

Berikut merupakan sebahagian gambar semasa kayuhan tersebut. Gambar tidak mengikut urutan masa. Untuk melihat gambar yang lain lawati facebook page Jengking Cycling Club Battalion 2 Pga.
































































No comments:

Post a Comment

You May Like