Thursday, 5 June 2014

Jengking Riders still ride and kickin'

Dah lama rasanya blog ini tidak di kemaskini. Bukan kerana tiada kayuhan tetapi kerana kemalasan. hehe. Harap di maafkan.
Kami kini menggelarkan diri sebagai Jengking Riders. Agak best sikit dan rare supaya tidak keliru dengan identiti sendiri.kononnyalah.

Sepanjang blog ini tidak di kemaskini,Jengking Riders masih lagi berkayuh. Cuma bukan full member boleh join sekali disebabkan jadual tugas yang berbeza. Namun begitu semangat kami masih belum luntur. Ada masa terluang kami tetap melakukan kayuhan. Sorang sorang pun jadi. 
Berikut merupakan rangkuman photo-photo sesi kayuhan. Perlu diingatkan gambar yang di paparkan tidak mengikut urutan masa.

Night ride with Awang

Kayuhan pecah lemak cari angin

Kayuhan geli-geli Trek KTC

KTC offroad

Saje nak buat kenangan kat sini hehe

Rider Wan join setelah sekian lama memencil diri

Time downhill laju2 diorg nih payah nak ligan

Rider 3 jantung. Laju sangat time uphill

Juara bertahan kategori kena tinggal

Perah abis...

Add caption

Jiwa Kelajuan





Thursday, 1 May 2014

Pros & Cons of 29er MTB

29″ MTB is also known as 29er. It is 3 inches larger than the traditional 26″ mtb wheel size. When come across of performance of the bike whether 26″ and 29″ wheel size, it is always come to the debate among the cyclists. Different cyclist has different experience, views and perceptions. If you are good in physics/science, you may know the pros & cons of riding 29″ MTB bike. Let’s see what are the pros & cons of 29er MTB.
Pros:
  • Larger wheels roll over obstacles more easily due to decrease in approach angle
  • The larger diameter wheels have more angular momentum so they lose less speed to obstacles and rough sections
  • 29″ bikes tend to offer taller riders a more “natural” frame geometry
Cons:
  • Increased wheel weight and rotating mass (the spokes, rim, and tire are all larger) makes the wheels harder to accelerate and harder to brake
  • More force needed to change steering angle due to greater mass and longer contact patch.
  • Longer spokes and decreased angle between hub flange and rim result in a more laterally flexible wheel (all else equal).
  • Many types of bicycle tires, tires, rims, forks do not come in 29″-compatible versions, though the expanding popularity of the size is reducing this problem.




Reference Sources:

Tuesday, 8 April 2014

Tokun Hill

Assalamualaikum,salam sejahtera.

Pada 07 April 2014 jam lebih kurang 1730hrs saya(Azman) bersama Pengetet Rider(Khairul Rahim) telah berkunjung ke Bukit Tokun untuk beriadah.hehe

Memang sejak kebelakangan ini kami jarang mengayuh basikal mendaki bukit ini disebabkan kesibukan tugas. Cuma kali ini hanya Rahim sahaja yang mempunyai masa terluang dan bersetuju menemani saya menawan bukit Tokun.Cuma kali ini kami berdua tidak sampai ke puncak disebabkan cuaca semakin gelap dan mengambil keputusan untuk sampai di tempat senaman sahaja.( tu pun dah cukup tinggi beb)

Sedikit info mengenai Bukit Tokun.
Bukit Tokun terletak dalam daerah Bukit Mertajam. Ketinggian bukit ini mencecah 457 meter dari paras laut dan menempatkan menara-menara komunikasi.Hutan Lipur Bukit Mertajam berkeluasan 37 hektar. Bukit ini menjadi tumpuan untuk beriadah,menjalani aktiviti sihat baik bagi pejalan kaki mahupun penunggang basikal MTB/RB.

sedikit gambar untuk dikongsi bersama.

Azman.

1st stop at "1 Malaysia"







The Bear Hill and the chicken track route challenge.

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Community Policing JCC Batalion 2 Pga with H.R.K @ Happy Ride Kulim cycling team
Awang,Azman,Khairul Rahim,Badrul Syawal,Efad,Muhammad Ali dan Khir.


Bertarikh 06 April 2014 Jengking Cycling Club telah mengadakan kayuhan bersama Happy Ride Kulim a.k.a HRK. Kayuhan bertujuan mengeratkan silaturahim di antara rider MTB sekitar daerah Kulim.

Kayuhan bermula di hadapan pintu gerbang Batalion 2 Pasukan Gerakan Am / Maktab Rendah Sains Mara PDRM disertai 17 rider iaitu 7 rider JCC selebihnya rider HRK.

Kayuhan melalui Jalan Junjong Kulim - Bukit Beruang - Trek Cap Ayam - Taman Kota Kenari/ Taman Kenari - Jalan Hospital - Pekan Kulim - Jalan Bukit Awi - Jalan Junjong Kulim - finished. Jarak kayuhan anggaran 31km 20% jalan biasa/raya 80% offroad/hill climbing.

Saya kurang pasti dari mana datangnya nama Bukit Beruang dan trek Cap Ayam ini diperolehi namun yang pasti kebanyakan laluan adalah mendaki serta single track di sesetengah kawasan. Banyak bintang jugaklah kalau nak dikelaskan keadaan trek offroad ini. Kerjasama yang diberikan sesama rider semasa kayuhan adalah A1,superb,seribu bintang,nasik ayam ropewalk bagan,dan bermacam-macam lagi yang menggambarkan eratnya hubungan JCC dan HRK. Namun jangan disalah erti ye, bukan hubungan sejenis.hehe

Semasa kayuhan ini seorang rider JCC iaitu Khairul Rahim mengalami kemalangan kecil namun tiada kecederaan dilaporkan. Beliau memang 'Leng-Leng ajak' melalui semua ini.

Akhir kata saya mewakili JCC Batalion 2 Pasukan Gerakan Am mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi bersama-sama kami menjayakan kayuhan offroad JCC/HRK ini. Harap pada masa akan datang kerjasama sebegini boleh dijayakan lagi dengan kehadiran lebih ramai rider kedua-dua pihak.

sekian,terima kasih.

Azman

Berikut merupakan sebahagian gambar semasa kayuhan tersebut. Gambar tidak mengikut urutan masa. Untuk melihat gambar yang lain lawati facebook page Jengking Cycling Club Battalion 2 Pga.
































































You May Like