Tuesday 1 April 2014

Warm-up ride!!!!

Assalamualaikum...salam sejahtera.

Buat julung kalinya blog ini menggunakan bahasa kebangsaan. Syabas. Sebelum ini bahasa Inggeris digunakan kerana untuk menarik perhatian pembaca dari luar negara.

Kali ini Jengking riders memulakan kayuhan pemanas badan pada 28hb Mac yang lalu. Sekadar pemanas badan kerana ramai di antara kami yang lama tidak berkayuh kerana kesibukan tugas.

Bermula dari kem Batalion 2 Pga Kulim kayuhan menuju ke Kulim Hitech Park - Jalan simen a.k.a Jalan Perusahaan- Jalan Lunas - Jalan Bukit Kukus - Jalan Selasih - Lorong Selasih 2A1 (mendaki) - Lebuh Bandar 2 - Petron (hujan lebat) - MNR Tomyam (macam biasa minum minum) - seterusnya kembali ke kem.

Hujan lebat pada lewat petang agak membataskan kayuhan.
Kelajuan minimum 30kmh maximum 40 kmh ke atas ( macam naik motor pulak).

cakap banyak tak guna, di bawah merupakan sedikit gambar yang sempat di ambil pada hari tersebut.

Admin.

Azman










No comments:

Post a Comment

You May Like